Jumaat, 2 Disember 2011

Mari Belajar Huruf Dengan Perkataan

Kita telah tiba kepada mengenalkan huruf awal dengan perkataan. Sempena cuti sekolah ini, jadikanlah bahan ini sebagai sumber pembelajaran yang formal di rumah. Kepada semua murid pemulihan khas dan LINUS Tegar, selamat belajar dan semoga awal sesi persekolahan 2012 anda telah boleh membaca.

video

Mari Menyanyi ABC....

Baiklah kita teruskan pelajaran kita dengan menyanyikan pula ABC.... secara lagu. Pasti seronok. Ibu, bapa, abang, kakak, adik dan saudara mara pun boleh menyanyi bersama-sama. Marilah membantu mereka yang ingin belajar ketika cuti sekolah ini. JOMMM........ kita nyanyi.


video

Mengenal ABC...

Sempena cuti sekolah ini, bahan ini paling sesuai untuk murid Pemulihan Khas atau LINUS Tegar belajar di rumah. Ibu dan bapa atau abang dan kakak bolehlah membantu mereka belajar. Mudah dan menyeronokkan. Selamat belajar. CUTI-CUTI MENGULANGKAJI.
video

Mari Menyanyi Lagu Huruf

Murid-murid Pemulihan Khas dan LINUS boleh belajar ABC.... melalui lagu huruf ini. Mudah dan menarik. Ibu bapa akan lebih senang hati melihat anak mereka menyanyi sambil belajar. Jom mari kita belajar sambil menyanyi.
video

Vokal

Mari menyanyi bersama-sama sambil menyebut bunyi vokal. Kaedah nyanyian ini amat digemari oleh murid-murid pemulihan khas dan LINUS. Guru-guru boleh menggunakan video ini sebagai salah satu aktiviti set iduksi atau sebagai langkah aktiviti pengukuhan. Murid-murid Pemulihan Khas dan LINUS juga boleh menggunakan video ini sebagai langkah susulan di rumah bagi meningkatkan kemahran menyebut bunyi vokal. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan susulan untuk mendidik anak-anak di rumah.
video

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI

Blog ini disediakan untuk guru-guru  Pemulihan Khas/LINUS dan murid-murid Pemulihan Khas / LINUS pada bila-bila masa dan di mana jua. Selamat datang ke alam kami yang penuh inspirasi, ceria dan sentiasa bermotivasi dalam menjana insan yang cemerlang secara intelektual. Perkongsian berdasarkan pengalaman sebagai guru pemulihan akan dipaparkan dalam bentuk bahan bantu mengajar, nasihat, artikel dan sebagainya. Blog ini juga disasarkan sebagai salah satu sumber pembelajaran murid pemulihan khas/ LINUS di rumah ketika mereka tidak dapat hadir ke sekolah kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.